Wednesday 20 November 2013

Kehidupan sebagai seorang remaja

   Assalamualaikum , sekali lagi ku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin berkongsi tentang cabaran dalam menghadapi segala dugaan dan perit kehidupan sebagai seorang yg bergelar remaja . Okay gelaran "Remaja" ni bermula daripada umur kita 13-25 tahun . "REMAJA" merupa peringkat yg membuatkan kita terpaksa berkorban masa dan tenaga dan meneruskan kehidupan . "REMAJA" more on kita suka diamkan diri , suka pendam masalah sorang sorang . Ikut jenis orang lah . Tapi bagi aku , aku adalah jenis pemalu dan suka diamkan diri . Because i don't want disturb people hapiness . Teenagers also need a more motivation from counselling person .

   Kisah aku time SPM , lepas je aku keluar sekolah teknik dengan penuh tekanan , aku pun teruskan pembelajaran di sekolah harian . Time aku form 5 aku berubah menjadi seorang yg lebih agresif dan pemarah . Sebab aku terlampau ditekan . Aku tau aku dah menyusahkan keluarga aku . Maafkan aku . Aku jadi cepat terpengaruh ngn kawan . Aku marah marah cikgu add math aku sampai cikgu tu kecik hati ngn aku . Aku jadi biadap . Aku salah time tu sebab aku tak luahkan apa yg terpendam di hati . Aku hanya buat senyuman palsu disebalik tekanan aku dapat di SMT .
    Then , time SPM aku hanya mampu berusaha dalam subjek , BM , BI , Sejarah , PI . Sebab empat subjek ni aku suka sangat . Then aku usaha , usaha , usaha , lastly aku dapat result spm 4B+ 1D 3E 1G . Teruk sangat aku tau . Aku dah kecewakan kedua ibu bapa aku . Ibu bapa aku teringin tengok aku berjaya tapi aku gagal add math time tu . Aku rasa sebab aku dah terlampau biadap dengan cikgu add math tu .

Sunday 17 November 2013

Aku seorang hamba Allah SWT yg lemah dan insan yg memerlukan banyak motivasi .

               Assalamualaikum , terlebih dahulu aku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin shared tentang kisah hidup aku yg diuji . Lepas pada PMR aku mendapat score 6A1B1C satu hasil usaha aku bangun malam dan mengulang kaji pelajaran . Aku amat bersyukur pada Allah SWT kerana aku hasil usaha aku disusuli dengan bantuan Allah SWT ketika aku menjawab exam PMR , Allah SWT mengurniakan bantuan melalui flashback apa yg aku study dan senang menjawab . Alhamdulillah , ianya berhasil aku pun tak tau nak ucapkan lagi pada Allah dan usaha cikgu aku time form 3 tu . Flashback story , Aku diuji oleh Allah SWT time UPSR aku hanya mendapat 2A1B2C . Time nak dekat UPSR aku mengalami satu penyakit "Chicken Pox" timbul ketulan ketulan yg berwarna merah . Nak tak nak aku kena lalui . Tak apa , mungkin aku di uji time tu aku redha akan qada qadar oleh Allah SWT . Mak bapak mana yg nak tengok anak dia kecundang kan?? Tapi maafkan aku wahai ibu dan bapaku aku tak mampu . Aku dah buat yg terbaik di peperiksaan PMR aku boleh dapat 6A yg org lain tak sangka yg aku mampu score like that . Aku menangis kegembiraan time dapat result tu . Aku tak sangka . Aku ingat boleh dapat dalam 4A je . Tetiba 6A . Selama ni kawan kawan pandang rendah pada aku seolah olah aku ni tak pandai , mereka  hina aku , kutuk aku . Tapi aku diam , aku sabar . Aku diam bukan tanda aku suka akan hinaan mereka terhadap aku . Aku diamkan diri sebab taknak sakitkan hati mereka . Aku terpaksa berkorban . Mulut longkang manusia mana boleh kita pergi tutup kan?? Sebab dia terlampau bangga akan diri mereka dan mereka menjadi seorang manusia yg ego . Manusia mana je kan yg tak suka dihina?? Semua orang taknak kalau boleh kan :') . Tak apalah . Aku maafkan . Berbalik pada , result PMR merupakan hadiah aku yg teristimewa bagi ibu bapa dan guru yg telah mengajarku . Aku buat mereka gembira time tu . Alhamdulillah ,Ya Allah terima kasih sangat sangat . Pengalaman mematangkan serba sedikit dalam kehidupanku . Ianya akan datang perlahan lahan dalam sesuatu situasi .

        Selepas ini ada lagi sambungannya.. Berikan aku sedikit masa untuk menaip kata kata positif dan berkongsi tentang apa yg aku alami yg selama ni terpendam di sudut hati kecil ini . Pengajaran daripada cerita ku ini , "Kau jangan rasa cepat putus asa , Percaya pada Allah SWT , Usaha sedikit dan serah pada urusan Allah SWT bagi menangani rintangan/ujian yg kau hadapi dalam kehidupan , Insha Allah jika Allah SWT berkata "Kun Fayakun" maka rezeki kau time tu . Jika kau usaha pun tak berjaya , jangan ingat Allah SWT tak sayang kau , Dia nak uji kau sabar ke tak . Kau cuma tunggu sama ada di UPSR/PBMSR/PMR/SPM/Alam Universiti/College/Alam Dewasa . Kau usaha sedikit dan kau serah pada Allah untuk menentukan kau berjaya .

Thursday 14 November 2013

Sebab apa aku suka letak nama "VEVO" dibelakang ??



"VEVO" merupakan salah satu syarikat music dunia yg terkenal . Di setiap ciptaan Music Video atau nama singkatnya MTV artis artis yg terkenal seperti Justin Bieber & One Direction disupport oleh "VEVO"  .  Ini fakta yg aku dapat daripada "Wikepedia" dan ditranslatekan melalui google translate  tentang "VEVO"  :- VEVO adalah usaha sama muzik video laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kumpulan Universal Music, Google, Sony Music Entertainment, dan Abu Dhabi Media.  EMI Rekod berlesen kandungan untuk perkhidmatan sebelum dibeli oleh UMG di 2012.  Ia telah dilancarkan pada 8 Disember 2009.  Video di Vevo adalah berpengaruh besar seluruh youtube ,  dengan Google dan Vevo berkongsi hasil pengiklanan.

Vevo menawarkan video muzik daripada tiga "besar empat" label rekod utama: Kumpulan Universal Music, Sony Music Entertainment dan EMI Records. Warner Music Group pada mulanya dilaporkan mempertimbangkan hosting kandungan pada perkhidmatan,  tetapi membentuk satu pakatan dengan saingan MTV Networks.


Aku cintakan industri music .Lagi satu aku suka akan produk daripada syarikat "Beats Electronic" sebab rekaan headphone dan earphone mereka amat cantik dan bergaya , beri pendengaran yg gempak dan jelas "High Definition" dan ia memberikan kesan pendengaran "Extra sound BASS" memang kalau pasang dekat telinga tak dengar dah apa yg orang bercakap . Itu kelebihan produk "Beats" dan nama syarikat dia dah termasyhur di seluruh dunia . Time bebosan memang lah aku akan selalu dengar lagu pakai original headphone Beats Studio yg perlukan dua battery AA untuk menghasilkan "BASS" yg lebih sedap untuk didengar . Ia juga salah satu faktor bagi mood aku stable balik . Itu sahajalah aku nak kongsikan pada hari ini .Untuk pengetahuan lebih lanjut sila layari laman sesawang ni http://www.beatsbydre.com/ .

Plan aku lepas aku sembuh daripada OCD

Aku bakal dapat motor yg aku idamkan minggu depan iaitu Yamaha LC135 & Myvi warna solid white ♥ . Aku memang suka warna solid white ♥ . Kalau bab makanan , aku selalu tomyam je hehe . Aku bakal jugak dapat Iphone 5S Gold sebelum aku masuk sambung belajar . Buat masa ni aku pakai Samsung Galaxy Mega & Iphone 5 je . Motor tu aku gunakan sebagai kemudahan aku ulang alik daripada Saujana Impian ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) . Senanglah sikit an kalau ada emergency ke apa senang nak balik tak payah susahkan orang lain . Aku akan masuk sambung belajar di KUIS pada intake 2 december dalam bidang diploma Multimedia . Then , aku teringin jugak seorang gadis yg sentiasa memahami dan support aku dari belakang senang cerita nak cari GF yg ikhlas dengan aku . Aku ni tak ada lah rupa , tapi perasaan setia aku amat kuat kalau dia betul betul sayangkan aku . Hehe bosan hidup single . Itu je lah . Siapa je lah kan yg sudi . Haha .

Aku dalam rawatan dengan doktor psikiatari HUKM

Setelah dimasukkan dalam ward psikiatri Hospital Universiti Kuala Lumpur , aku kena melalui proses hospital seperti check urine , ambil darah ( sakit sebab aku 1stime masuk hospital) dan aku diberi rawatan OCD dari segi kaunseling dan ubat ubatan . Doktor cakap penyakit aku ini boleh dirawat dengan semangat diri/dekatkan diri dengan Allah SWT balik dan ubat ubatan  . Jangan risau . Cuma ia memerlukan masa untuk aku kembali normal . Banyak student dalam bidang psikiatri datang untuk interview tentang penyakit ku ini . Aku pun ceritakan lah apa yg aku rasa . Mereka sungguh menghormati aku dan cuba memahami penyakitku . Aku mampu duduk dalam ward psikiatri HUKM tu 3 hari 2 malam je disebabkan tak selesa dengan keadaan ward yg penuh dengan orang tak waras menganggu aku . Sekarang aku berehat dirumah dan buat follow up di HUKM . Aku rasa ada perubahan sikit lepas buat rawatan tu , Alhamdulillah .

Thursday 3 October 2013

Aku terpaksa :(

             Setelah beberapa hari aku berehat di rumah , keadaan aku masih belum mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran di International Islamic College . Aku terpaksa menangguhkannya or aku terpaksa quit dulu daripada Internantional Islamic College . Fikiran aku masih dihantui dengan benda benda pelik dan tak masuk logik akal . Kalau aku sambung belajar pun tak guna jugak right sebab aku mesti takleh fokus dalam kelas sewaktu letcurer mengajar . Niat aku memang nak sambung belajar , aku pun ingin berjaya seperti kawan kawan yang lain tapi dengan keadaan aku macam ni memang tak boleh fokus langsung . Aku sebenarnya tak berniat langsung nak menyusahkan mak dan bapak aku or buat diorang sedih but i can't go . Bapak aku ingin membawa aku ke terapi untuk menyembuhkan penyakit ni terlebih dahulu sebelum melanjutkan pengajian dimana mana kolej selepas ini .


"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" :'(

         Setelah mendapat tawaran ke Internantional Islamic College , aku pun pergi untuk mendaftarkan diri sebagai student diploma in multimedia with animation . Sangkaan aku , boleh dapat hostel PV16 yang aku idam idamkan sebelum masuk ke IIC rupanya harapan aku musnah setelah mendapat tau condominium PV16 tak dibenarkan untuk diduduki lagi . Condominium PV16 tu amatlah selesa dan banyak kemudahan di sana , yaa aku tau ianya agak mahal sedikit tapi kawasan persekitarannya amat bagus kerana dekat dengan LRT Putra , Uptown Danau Kota , so macam nak beli barang senang lah . So aku ditempatkan di dahulu di sebuah kem alang sendayu untuk menjalani orientasi kolej , disana aku tak berapa selesa kerana dorm nya terlampau sempit dan 25 student duduk sekali dalam satu dorm tu .

       Bukan kata nak memilih ke apa ,  tapi aku ni ada penyakit OCD memang rasa tak selesa bila duduk ramai ramai . OCD ini atau nama penuhnya Obsessive Compulsive Disorder merupakan salah satu penyakit psychology . Penyakit yg aku alami ini tak berapa nak selesa dengan keadaan yg bising dan ia membuatkan emosi aku terganggu . Memang dari segi luaran kawan kawan nampak aku normal tapi dalam fikiran aku hanya Allah SWT yg tau betapa kusutnya fikiran aku yg penuh dengan masalah yg tak masuk akal/tak logik/luar batasan. So aku dapat bertahan selama tiga hari dua malam sahaja di kem alang sendayu tu . Pada hari ketiga aku dah give up aku tak mampu , aku terus berjumpa dengan warden Sir Husam yg menjaga pelajar disitu dan aku melaporkan apa penyakit yg aku alami sekarang ini . Selepas berbincang , Sir Husam pun membenarkan aku pulang ke rumah buat sementara dan dia faham situasi aku kerana dia pun pernah belajar dalam bidang psychologist so dia tau aku memang tak selesa dengan keadaan yg sempit dan ramai . Terima kasih Sir Husam kerana memahami masalah saya . 



     Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu OCD ini definisi bagi penyakit ini :

Penyakit Obsesif-Kompulsif ditandai dengan adanya obsesi dan kompulsi. Obsesiadalah gagasan, khayalan atau dorongan yang berulang, tidak diinginkan dan mengganggu, yang tampaknya konyol, aneh atau menakutkan. Kompulsi adalah desakan atau paksaan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak nyaman akibat obsesi.

Gangguan Obsesif-kompulsif (Obsessive-Compulsive Disorder, OCD) adalah kondisi dimana individu tidak mampu mengontrol dari pikiran-pikirannya yang menjadi obsesi yang sebenarnya tidak diharapkannya dan mengulang beberapa kali perbuatan tertentu untuk dapat mengontrol pikirannya tersebut untuk menurunkan tingkat kecemasannya. Gangguan obsesif-kompulsif merupakan gangguan kecemasan dimana dalam kehidupan individu didominasi oleh repetatif pikiran-pikiran (obsesi) yang ditindaklanjuti dengan perbuatan secara berulang-ulang (kompulsi) untuk menurunkan kecemasannya.
Penderita gangguan ini mungkin telah berusaha untuk melawan pikiran-pikiran menganggu tersebut yang timbul secara berulang-ulang akan tetapi tidak mampu menahan dorongan melakukan tindakan berulang untuk memastikan segala sesuatunya baik-baik saja.

PENYEBAB

Penyebabnya tidak diketahui. Gangguan obsesif-kompulsif tidak ada kaitan dengan bentuk karakteristik kepribadian seseorang, pada individu yang memiliki kepribadian obsesif-kompulsif cenderung untuk bangga dengan ketelitian, kerapian dan perhatian terhadap hal-hal kecil, sebaliknya pada gangguan obsesif-kompulsif, individu merasa tertekan dengan kemunculan perilakunya yang tidak dapat dikontrol. Mereka merasa malu bila perilaku-perilaku tersebut dipertanyakan oleh orang yang melihatnya karena melakukan pekerjaan yang secara berulang-ulang. Mereka berusaha mati-matian untuk menghilangkan kebiasaan tersebut. 

Penyebab Obsesif Kompulsif adalah: 
  • Genetik - (Keturunan). Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ini kemungkinan beresiko mengalami OCD (Obsesif Compulsive Disorder). 
  • Organik – Masalah organik seperti terjadi masalah neurologi dibagian - bagian tertentu otak juga merupakan satu faktor bagi OCD. Kelainan saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan ensefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD. 
  • Kepribadian - Mereka yang mempunyai kepribadian obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki kepribadian ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sulit bekerja sama dan tidak mudah mengalah. 
  • Pengalaman masa lalu - Pengalaman masa lalu/lampau juga mudah mencorakkan cara seseorang menangani masalah di antaranya dengan menunjukkan gejala OCD.
  • Gangguan obsesif-kompulsif erat kaitan dengan depresi atau riwayat kecemasan sebelumnya. Beberapa gejala penderita obsesif-kompulsif seringkali juga menunjukkan 
  • Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berasal dari masalah hidup. Contohnya hubungan antara suami-istri, di tempat kerja, keyakinan diri.
  • Gangguan obsesif-kompulsif erat kaitan dengan depresi, atau riwayat kecemasan sebelumnya. Beberapa gejala penderita obsesif-kompulsif seringkali juga menunjukkan gejala yang mirip dengan depresi. Perilaku yang obsesif pada ibu depresi berusaha berkali-kali atau berkeinginan untuk membunuh bayinya.


INDIVIDU YANG BERISIKO
  • Individu yang beresiko mengalami gangguan obsesif-kompulsif adalah; 
  • Individu yang mengalami permasalahan dalam keluarga dari broken home, kesalahan atau kehilangan masa kanak-kanaknya. (teori ini masih dianggap lemah namun masih dapat diperhitungkan) 
  • Faktor neurobilogi dapat berupa kerusakan pada lobus frontalis, ganglia basalis dan singulum. 
  • Individu yang memilki intensitas stress yang tinggi 
  • Riwayat gangguan kecemasan 
  • Depresi 
  • Individu yang mengalami gangguan seksual


GEJALA
  • Obsesi yang umum bisa berupa kegelisahan mengenai pencemaran, keraguan, kehilangan dan penyerangan. Penderita merasa terdorong untuk melakukan ritual, yaitu tindakan berulang, dengan maksud tertentu dan disengaja.
  • Sebagian besar ritual bisa dilihat langsung, seperti mencuci tangan berulang-ulang atau memeriksa pintu berulang-ulang untuk memastikan bahwa pintu sudah dikunci. Ritual lainnya merupakan kegiatan batin, misalnya menghitung atau membuat pernyataan berulang untuk menghilangkan bahaya.
  • Penderita bisa terobsesi oleh segala hal dan ritual yang dilakukan tidak selalu secara logis berhubungan dengan rasa tidak nyaman yang akan berkurang jika penderita menjalankan ritual tersebut. Penderita yang merasa khawatir tentang pencemaran, rasa tidak nyamannya akan berkurang jika dia memasukkan tangannya ke dalam saku celananya. Karena itu setiap obsesi tentang pencemaran timbul, maka dia akan berulang-ulang memasukkan tangannya ke dalam saku celananya.
  • Sebagian besar penderita menyadari bahwa obsesinya tidak mencerminkan resiko yang nyata. Mereka menyadari bahwa perliku fisik dan mentalnya terlalu berlebihan bahkan cenderung aneh.
  • Penyakit obsesif-kompulsif berbeda dengan penyakit psikosa, karena pada psikosa penderitanya kehilangan kontak dengan kenyataan. Penderita merasa takut dipermalukan sehingga mereka melakukan ritualnya secara sembunyi-sembunyi. Sekitar sepertiga penderita mengalami depresi ketika penyakitnya terdiagnosis.
  • Gejala ditandai dengan pengulangan (repetatif) pikiran dan tindakan sedikitnya 4 kali untuk satu kompulsi dalam sehari dan berlangsung selama 1 sampai 2 minggu selanjutnya. Gejala utam obsesi-kompulsif harus memenuhi kriteria:
  • Perilaku dan pikiran yang muncul tersebut disadari sepenuhnya oleh individu atau didasarkan pada impuls dalam dirinya sendiri. Individu juga menyadari bahwa perilakunya itu tidak rasional, namun tetap dilakukan untuk mengurangi kecemasan. 
  • Beberapa perilaku yang muncul disadari oleh oleh individu dan berusaha melawan kebiasaan dan pikiran-pikiran rasa cemas tersebut sekuat tenaga, namun tidak berhasil.
  • Pikiran dan tindakan tersebut tidak memberikan perasaan lega, rasa puas atau kesenangan, melainkan disebabkan oleh rasa khawatir secara berlebihan dan mengurangi stres yang dirasakannya. 
  • Obsesi (pikiran) dan kompulsi (perilaku) sifatnya berulang-ulang secara terus-menerus dalam beberapa kali setiap harinya.


CIRI-CIRI OBSESIF KOMPULSIF

Simptom dari Obsesif Kompulsif ditandai dengan pengulangan (repetatif) pikiran dan tindakan sedikitnya 4 kali untuk satu kompulsi dalam sehari dan berlangsung selama 1 sampai 2 minggu selanjutnya. Gejala utama obsesi-kompulsif harus memenuhi kriteria sebagai berikut:

  • Perilaku dan pikiran yang muncul tersebut disadari sepenuhnya oleh individu atau didasarkan pada impuls dalam dirinya sendiri. Individu juga menyadari bahwa perilakunya itu tidak rasional, namun tetap dilakukan untuk mengurangi kecemasan.
  • Beberapa perilaku yang muncul disadari oleh individu dan berusaha melawan kebiasaan dan pikiran-pikiran rasa cemas tersebut sekuat tenaga, namun tidak berhasil.
  • Pikiran dan tindakan tersebut tidak memberikan perasaan lega, rasa puas atau kesenangan, melainkan disebabkan oleh rasa khawatir secara berlebihan dan mengurangi stres yang dirasakannya. 
  • Obsesi (pikiran) dan kompulsi (perilaku) sifatnya berulang-ulang secara terus-menerus dalam beberapa kali setiap harinya. 
  • Obsesi dan kompulsi menyebabkan terjadinya tekanan dalam diri penderita dan menghabiskan waktu (lebih dari satu jam sehari) atau secara signifikan mengganggu fungsi normal seseorang, atau kegiatan sosial atau suatu hubungan dengan orang lain. 
  • Penderita merasa terdorong untuk melakukan ritual, yaitu tindakan berulang seperti mencuci tangan & melakukan pengecekan dengan maksud tertentu.


BERBAGAI PERILAKU GANGGUAN YAN SERING TERJADI : 
  1. Membersihkan atau mencuci tangan 
  2. Memeriksa atau mengecek 
  3. Menyusun 
  4. Mengkoleksi atau menimbun barang 
  5. Menghitung atau mengulang pikiran yang selalu muncul (obsesif) 
  6. Takut terkontaminasi penyakit/kuman 
  7. Takut membahayakan orang lain 
  8. Takut salah 
  9. Takut dianggap tidak sopan 
  10. Perlu ketepatan atau simetri 
  11. Bingung atau keraguan yang berlebihan. 
  12. Mengulang berhitung berkali-kali (cemas akan kesalahan pada urutan bilangan)
  13. Individu yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif kadang memilki pikiran intrusif tanpa tindakan repetatif yang jelas akan tetapi sebagian besar penderita menunjukkan perilaku kompulsif sebagai bentuk lanjutan dari pikiran-pikiran negatif sebelumnya yang muncul secara berulang, seperti ketakutan terinfeksi kuman, penderita gangguan obsesif-kompulsif sering mencuci tangan (washer) dan perilaku umum lainnya seperti diatas.


     Tak ramai yg faham situasi yg aku alami sekarang ini , kekadang mereka menggangap aku ni pendiam , jarang bercakap , sombong dan tak ingin berkawan tapi sangkaan mereka SALAH. Bukan aku tak boleh nak bergurau senda or banyak cakap tapi keadaan aku tak mengizinkan aku jadi macam tu . "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" dulu aku boleh lagi melawak dengan member apa semua tapi sekarang keadaan berubah kehidupan aku menjadi murung dan menjadi pendiam . Aku lebih suka berseorangan dan termenung jauh memikirkan apa lagi masalah yg bakal aku timpa selepas ini . Emosi aku akan terganggu apabila seseorang bergurau or perli benda yg sensitif or racist dan yg aku tak boleh terima , aku akan terus berubah menjadi seorang yg pemarah dan mengeluarkan kata kata kesat tanpa kawalan diri aku sendiri . Ada time aku normal ada time aku murung . Fikiran aku sering menjadi kusut dan berfikir diluar batasan fikiran manusia yg normal . Mungkin sebelum ini aku terlampau stress dengan kisah lampau ia menyebabkan aku mendapat penyakit ni . Apa yang aku harapkan sekarang ini adalah orang yang memahami situasi aku dan sentiasa ada dibelakang aku . Aku ingin menjadi manusia yg normal seperti dulu . Aku tak mahu dihantui dengan penyakit yang mengawal fikiran aku tanpa aku sedari ia amat kusutkan fikiran dan tak mampu melakukan apa apa dan hanya mampu termenung keseorangan . Aku mengharapkan bantuan daripada Allah SWT untuk menemukan aku dengan penawarnya :') . Apa apa pun hidup aku mesti diteruskan . Aku cerita ni pun sebab aku tak nak ada sangkaan buruk orang terhadap aku .




Wednesday 2 October 2013

Akhirnya aku lulus jugak lesen P !

Setelah beberapa kali usahaku untuk lulus akhirnya berjaya jugak aku mendapatkan lesen P dalam genggamanku . Usaha tanpa doa tak guna jugak rite . Allah SWT nak kita usaha walaupun sedikit then baru disusuli dengan bantuan daripadanya . Aku cuba berfikiran positif pada waktu itu . Aku berniat agar aku lulus akhirnya usahaku berbaloi . Lepas ni boleh la aku drive or menunggang motorsikal tanpa menyusahkan untuk menumpang kereta atau motor orang lain . Nak gerak mana mana pun dah senang kan , thats why aku lega .





Tuesday 27 August 2013

Pengalaman aku mengambil lesen dan betapa pentingnya lesen bila masuk ke kolej or university

Dulu time nak amik lesen kereta & motor aku punyalah takut sampai fikir bukan bukan . Aku dengar ceramah KPP time bulan febuari 2013 then aku pergi buat test computer dekat Myeg Bangi . First time aku buat tu memang dah rasa over confident , jawab bukan main laju . Masa diberi 40 minit kalau tak silap aku . Aku amik masa 10 minit je , mana tak 10 minit tak baca soalan sampai habis lagi aku dah tekan jawapan . Lagi hambar aku tak check jawapan balik , aku main terus tekan submit je . At last dapat 40/50 memang gagal la jawabnya . Lepastu aku rasa down sikit , aku tak berputus asa , aku amik second test pada hari yg sama . Semasa nak tunggu giliran nak test aku baca buku sampai naik pening . Masuk untuk test computer ke dua pun aku buat benda yg sama . Bila tekan submit je aku pelik kenapa markah aku sama dengan first test tadi ?? padahal aku dah yakin nak lepas . Gagal lagi .Markah lulus test computer minimum 42 . Memang sikit je lagi . Tu yang buat aku naik gila . Aku terus balik rumah memang waktu tu rasa down and hambar gila . Rasa nak stop terus nak amik lesen . Lepastu dalam beberapa bulan , aku dapat tawaran ke Kolej Poly Tech Mara Ipoh untuk buat diploma in multimedia selama 3 tahun . Then bulan julai aku pun masuk KPTM Ipoh . Ingatkan senang kalau naik bas dari hostel ke college . Rupanya bila aku fikir fikir balik kalau ada lesen aku boleh bergerak sendiri even kalau tertinggal bas . Time tu memang aku rasa pentingnya kena ada lesen kenderaan . Dekat sana hampir setiap hari aku naik teksi ulang alik daripada hostel ke kolej . Duit belanja aku banyak habis dekat teksi je . Lepastu ada kokorikulum lagi dah la buat dekat tempat berlainan bukan dekat college . Memang aku serabut time tu . Aku pun ambil keputusan untuk quit kolej . Then aku try amik test computer buat kali ketiga . At the last , alhamdulillah rezeki aku agaknya dapat 45/50 lepas je test computer kali ketiga ni aku otw buat amali kereta & motor . Selesai amali aku dapat lesen L dapat la jugak lepas naik motor sorang sorang . And now aku tengah dalam kelas 8 jam motor & kereta sebelum test JPJ 6/9/2013 ni . Aku harap nak lulus sekali je . Pengajaran daripada cerita aku ni jangan berputus asa , Thinks positive and positive things will come to you :)

Tuesday 20 August 2013

Apa maksud CRUSH bagi saya ??

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya , terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kerana sudi membaca post post di blog saya . Saya ingin berkongsi pendapat saya apa sebenarnya istilah CRUSH bagi saya . Bagi saya crush merupakan SECRET ADMIRE or orang panggil peminat rahsia . Kalau dah nama crush tu mestilah ada rasa jatuh hati right ? tipu lah kalau saje saje nak crush dekat orang tu en . Crush ni selalu stalk aktiviti harian orang yang dia minat tu , dia akan selalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti daripada si dia . Tak semestinya kalau dia crush dekat orang tu terus couple . Crush ni selalunya akan care semua pasal awak . Dia risau kalau awak sakit or what happend to you . Selalunya lah kalau fadd crush dekat seseorang tu fadd akan stalk gambar dia , blog dia , twitter dia just nak tau perkembangan semasa dia , mana nak tau kalau dia dah taken karang ada yang jadi orang ketiga .

Sunday 18 August 2013

Setelah lama tak update blog , kini saya kembali dengan wajah baharu (FADD) !

Assalamualaikum anda semua , setelah beberapa bulan saya telah menghilangkan diri dalam dunia blogger kini saya tampil dengan membawa imej baharu dan bercita cita menjadi seorang yang berjaya dalam dunia dan di akhirat kelak . Selepas mendapat keputusan SPM bulan 3 harituh , perasaan saya begitu sedih dan dalam istilah sekarang DOWN kerana keputusan spm saya begitu hambar . Saya sedar kerana sebelum spm saya tidak belajar dengan betul dan fokus didalam kelas . Selepas itu saya cuba tenangkan diri dan mencuba bukak buku baru , saya mendapat tawaran daripada International Islamic College under UIA :) . Saya ingin belajar bersungguh sungguh dan ingin membuktikan pada kawan kawan , ibu bapa dan masyarakat yang saya ni masih berguna :')