Thursday, 14 November 2013

Aku dalam rawatan dengan doktor psikiatari HUKM

Setelah dimasukkan dalam ward psikiatri Hospital Universiti Kuala Lumpur , aku kena melalui proses hospital seperti check urine , ambil darah ( sakit sebab aku 1stime masuk hospital) dan aku diberi rawatan OCD dari segi kaunseling dan ubat ubatan . Doktor cakap penyakit aku ini boleh dirawat dengan semangat diri/dekatkan diri dengan Allah SWT balik dan ubat ubatan  . Jangan risau . Cuma ia memerlukan masa untuk aku kembali normal . Banyak student dalam bidang psikiatri datang untuk interview tentang penyakit ku ini . Aku pun ceritakan lah apa yg aku rasa . Mereka sungguh menghormati aku dan cuba memahami penyakitku . Aku mampu duduk dalam ward psikiatri HUKM tu 3 hari 2 malam je disebabkan tak selesa dengan keadaan ward yg penuh dengan orang tak waras menganggu aku . Sekarang aku berehat dirumah dan buat follow up di HUKM . Aku rasa ada perubahan sikit lepas buat rawatan tu , Alhamdulillah .

No comments:

Post a Comment