Assalamualaikum , terlebih dahulu aku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin shared tentang kisah hidup aku yg diuji . Lepas pada PMR aku mendapat score 6A1B1C satu hasil usaha aku bangun malam dan mengulang kaji pelajaran . Aku amat bersyukur pada Allah SWT kerana aku hasil usaha aku disusuli dengan bantuan Allah SWT ketika aku menjawab exam PMR , Allah SWT mengurniakan bantuan melalui flashback apa yg aku study dan senang menjawab . Alhamdulillah , ianya berhasil aku pun tak tau nak ucapkan lagi pada Allah dan usaha cikgu aku time form 3 tu . Flashback story , Aku diuji oleh Allah SWT time UPSR aku hanya mendapat 2A1B2C . Time nak dekat UPSR aku mengalami satu penyakit "Chicken Pox" timbul ketulan ketulan yg berwarna merah . Nak tak nak aku kena lalui . Tak apa , mungkin aku di uji time tu aku redha akan qada qadar oleh Allah SWT . Mak bapak mana yg nak tengok anak dia kecundang kan?? Tapi maafkan aku wahai ibu dan bapaku aku tak mampu . Aku dah buat yg terbaik di peperiksaan PMR aku boleh dapat 6A yg org lain tak sangka yg aku mampu score like that . Aku menangis kegembiraan time dapat result tu . Aku tak sangka . Aku ingat boleh dapat dalam 4A je . Tetiba 6A . Selama ni kawan kawan pandang rendah pada aku seolah olah aku ni tak pandai , mereka hina aku , kutuk aku . Tapi aku diam , aku sabar . Aku diam bukan tanda aku suka akan hinaan mereka terhadap aku . Aku diamkan diri sebab taknak sakitkan hati mereka . Aku terpaksa berkorban . Mulut longkang manusia mana boleh kita pergi tutup kan?? Sebab dia terlampau bangga akan diri mereka dan mereka menjadi seorang manusia yg ego . Manusia mana je kan yg tak suka dihina?? Semua orang taknak kalau boleh kan :') . Tak apalah . Aku maafkan . Berbalik pada , result PMR merupakan hadiah aku yg teristimewa bagi ibu bapa dan guru yg telah mengajarku . Aku buat mereka gembira time tu . Alhamdulillah ,Ya Allah terima kasih sangat sangat . Pengalaman mematangkan serba sedikit dalam kehidupanku . Ianya akan datang perlahan lahan dalam sesuatu situasi .
Selepas ini ada lagi sambungannya.. Berikan aku sedikit masa untuk menaip kata kata positif dan berkongsi tentang apa yg aku alami yg selama ni terpendam di sudut hati kecil ini . Pengajaran daripada cerita ku ini , "Kau jangan rasa cepat putus asa , Percaya pada Allah SWT , Usaha sedikit dan serah pada urusan Allah SWT bagi menangani rintangan/ujian yg kau hadapi dalam kehidupan , Insha Allah jika Allah SWT berkata "Kun Fayakun" maka rezeki kau time tu . Jika kau usaha pun tak berjaya , jangan ingat Allah SWT tak sayang kau , Dia nak uji kau sabar ke tak . Kau cuma tunggu sama ada di UPSR/PBMSR/PMR/SPM/Alam Universiti/College/Alam Dewasa . Kau usaha sedikit dan kau serah pada Allah untuk menentukan kau berjaya .
No comments:
Post a Comment