Wednesday, 20 November 2013

Kehidupan sebagai seorang remaja

   Assalamualaikum , sekali lagi ku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin berkongsi tentang cabaran dalam menghadapi segala dugaan dan perit kehidupan sebagai seorang yg bergelar remaja . Okay gelaran "Remaja" ni bermula daripada umur kita 13-25 tahun . "REMAJA" merupa peringkat yg membuatkan kita terpaksa berkorban masa dan tenaga dan meneruskan kehidupan . "REMAJA" more on kita suka diamkan diri , suka pendam masalah sorang sorang . Ikut jenis orang lah . Tapi bagi aku , aku adalah jenis pemalu dan suka diamkan diri . Because i don't want disturb people hapiness . Teenagers also need a more motivation from counselling person .

   Kisah aku time SPM , lepas je aku keluar sekolah teknik dengan penuh tekanan , aku pun teruskan pembelajaran di sekolah harian . Time aku form 5 aku berubah menjadi seorang yg lebih agresif dan pemarah . Sebab aku terlampau ditekan . Aku tau aku dah menyusahkan keluarga aku . Maafkan aku . Aku jadi cepat terpengaruh ngn kawan . Aku marah marah cikgu add math aku sampai cikgu tu kecik hati ngn aku . Aku jadi biadap . Aku salah time tu sebab aku tak luahkan apa yg terpendam di hati . Aku hanya buat senyuman palsu disebalik tekanan aku dapat di SMT .
    Then , time SPM aku hanya mampu berusaha dalam subjek , BM , BI , Sejarah , PI . Sebab empat subjek ni aku suka sangat . Then aku usaha , usaha , usaha , lastly aku dapat result spm 4B+ 1D 3E 1G . Teruk sangat aku tau . Aku dah kecewakan kedua ibu bapa aku . Ibu bapa aku teringin tengok aku berjaya tapi aku gagal add math time tu . Aku rasa sebab aku dah terlampau biadap dengan cikgu add math tu .

Sunday, 17 November 2013

Aku seorang hamba Allah SWT yg lemah dan insan yg memerlukan banyak motivasi .

               Assalamualaikum , terlebih dahulu aku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin shared tentang kisah hidup aku yg diuji . Lepas pada PMR aku mendapat score 6A1B1C satu hasil usaha aku bangun malam dan mengulang kaji pelajaran . Aku amat bersyukur pada Allah SWT kerana aku hasil usaha aku disusuli dengan bantuan Allah SWT ketika aku menjawab exam PMR , Allah SWT mengurniakan bantuan melalui flashback apa yg aku study dan senang menjawab . Alhamdulillah , ianya berhasil aku pun tak tau nak ucapkan lagi pada Allah dan usaha cikgu aku time form 3 tu . Flashback story , Aku diuji oleh Allah SWT time UPSR aku hanya mendapat 2A1B2C . Time nak dekat UPSR aku mengalami satu penyakit "Chicken Pox" timbul ketulan ketulan yg berwarna merah . Nak tak nak aku kena lalui . Tak apa , mungkin aku di uji time tu aku redha akan qada qadar oleh Allah SWT . Mak bapak mana yg nak tengok anak dia kecundang kan?? Tapi maafkan aku wahai ibu dan bapaku aku tak mampu . Aku dah buat yg terbaik di peperiksaan PMR aku boleh dapat 6A yg org lain tak sangka yg aku mampu score like that . Aku menangis kegembiraan time dapat result tu . Aku tak sangka . Aku ingat boleh dapat dalam 4A je . Tetiba 6A . Selama ni kawan kawan pandang rendah pada aku seolah olah aku ni tak pandai , mereka  hina aku , kutuk aku . Tapi aku diam , aku sabar . Aku diam bukan tanda aku suka akan hinaan mereka terhadap aku . Aku diamkan diri sebab taknak sakitkan hati mereka . Aku terpaksa berkorban . Mulut longkang manusia mana boleh kita pergi tutup kan?? Sebab dia terlampau bangga akan diri mereka dan mereka menjadi seorang manusia yg ego . Manusia mana je kan yg tak suka dihina?? Semua orang taknak kalau boleh kan :') . Tak apalah . Aku maafkan . Berbalik pada , result PMR merupakan hadiah aku yg teristimewa bagi ibu bapa dan guru yg telah mengajarku . Aku buat mereka gembira time tu . Alhamdulillah ,Ya Allah terima kasih sangat sangat . Pengalaman mematangkan serba sedikit dalam kehidupanku . Ianya akan datang perlahan lahan dalam sesuatu situasi .

        Selepas ini ada lagi sambungannya.. Berikan aku sedikit masa untuk menaip kata kata positif dan berkongsi tentang apa yg aku alami yg selama ni terpendam di sudut hati kecil ini . Pengajaran daripada cerita ku ini , "Kau jangan rasa cepat putus asa , Percaya pada Allah SWT , Usaha sedikit dan serah pada urusan Allah SWT bagi menangani rintangan/ujian yg kau hadapi dalam kehidupan , Insha Allah jika Allah SWT berkata "Kun Fayakun" maka rezeki kau time tu . Jika kau usaha pun tak berjaya , jangan ingat Allah SWT tak sayang kau , Dia nak uji kau sabar ke tak . Kau cuma tunggu sama ada di UPSR/PBMSR/PMR/SPM/Alam Universiti/College/Alam Dewasa . Kau usaha sedikit dan kau serah pada Allah untuk menentukan kau berjaya .

Thursday, 14 November 2013

Sebab apa aku suka letak nama "VEVO" dibelakang ??



"VEVO" merupakan salah satu syarikat music dunia yg terkenal . Di setiap ciptaan Music Video atau nama singkatnya MTV artis artis yg terkenal seperti Justin Bieber & One Direction disupport oleh "VEVO"  .  Ini fakta yg aku dapat daripada "Wikepedia" dan ditranslatekan melalui google translate  tentang "VEVO"  :- VEVO adalah usaha sama muzik video laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kumpulan Universal Music, Google, Sony Music Entertainment, dan Abu Dhabi Media.  EMI Rekod berlesen kandungan untuk perkhidmatan sebelum dibeli oleh UMG di 2012.  Ia telah dilancarkan pada 8 Disember 2009.  Video di Vevo adalah berpengaruh besar seluruh youtube ,  dengan Google dan Vevo berkongsi hasil pengiklanan.

Vevo menawarkan video muzik daripada tiga "besar empat" label rekod utama: Kumpulan Universal Music, Sony Music Entertainment dan EMI Records. Warner Music Group pada mulanya dilaporkan mempertimbangkan hosting kandungan pada perkhidmatan,  tetapi membentuk satu pakatan dengan saingan MTV Networks.


Aku cintakan industri music .Lagi satu aku suka akan produk daripada syarikat "Beats Electronic" sebab rekaan headphone dan earphone mereka amat cantik dan bergaya , beri pendengaran yg gempak dan jelas "High Definition" dan ia memberikan kesan pendengaran "Extra sound BASS" memang kalau pasang dekat telinga tak dengar dah apa yg orang bercakap . Itu kelebihan produk "Beats" dan nama syarikat dia dah termasyhur di seluruh dunia . Time bebosan memang lah aku akan selalu dengar lagu pakai original headphone Beats Studio yg perlukan dua battery AA untuk menghasilkan "BASS" yg lebih sedap untuk didengar . Ia juga salah satu faktor bagi mood aku stable balik . Itu sahajalah aku nak kongsikan pada hari ini .Untuk pengetahuan lebih lanjut sila layari laman sesawang ni http://www.beatsbydre.com/ .

Plan aku lepas aku sembuh daripada OCD

Aku bakal dapat motor yg aku idamkan minggu depan iaitu Yamaha LC135 & Myvi warna solid white ♥ . Aku memang suka warna solid white ♥ . Kalau bab makanan , aku selalu tomyam je hehe . Aku bakal jugak dapat Iphone 5S Gold sebelum aku masuk sambung belajar . Buat masa ni aku pakai Samsung Galaxy Mega & Iphone 5 je . Motor tu aku gunakan sebagai kemudahan aku ulang alik daripada Saujana Impian ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) . Senanglah sikit an kalau ada emergency ke apa senang nak balik tak payah susahkan orang lain . Aku akan masuk sambung belajar di KUIS pada intake 2 december dalam bidang diploma Multimedia . Then , aku teringin jugak seorang gadis yg sentiasa memahami dan support aku dari belakang senang cerita nak cari GF yg ikhlas dengan aku . Aku ni tak ada lah rupa , tapi perasaan setia aku amat kuat kalau dia betul betul sayangkan aku . Hehe bosan hidup single . Itu je lah . Siapa je lah kan yg sudi . Haha .

Aku dalam rawatan dengan doktor psikiatari HUKM

Setelah dimasukkan dalam ward psikiatri Hospital Universiti Kuala Lumpur , aku kena melalui proses hospital seperti check urine , ambil darah ( sakit sebab aku 1stime masuk hospital) dan aku diberi rawatan OCD dari segi kaunseling dan ubat ubatan . Doktor cakap penyakit aku ini boleh dirawat dengan semangat diri/dekatkan diri dengan Allah SWT balik dan ubat ubatan  . Jangan risau . Cuma ia memerlukan masa untuk aku kembali normal . Banyak student dalam bidang psikiatri datang untuk interview tentang penyakit ku ini . Aku pun ceritakan lah apa yg aku rasa . Mereka sungguh menghormati aku dan cuba memahami penyakitku . Aku mampu duduk dalam ward psikiatri HUKM tu 3 hari 2 malam je disebabkan tak selesa dengan keadaan ward yg penuh dengan orang tak waras menganggu aku . Sekarang aku berehat dirumah dan buat follow up di HUKM . Aku rasa ada perubahan sikit lepas buat rawatan tu , Alhamdulillah .