Friday, 15 July 2016

Alhamdulillah kawan kawan masih ingat pada aku !


Salam , aku nak cerita sikit ni . Lepas raya haritu aku ada contact member lama aku di Bandar Tun Hussein Onn through Whatsapp . Alhamdulillah , diorg reply . Antaranya , Haziq Jumasri , Naim Faisal , Bahrain Hasnan , Syazwan Saadon , Fariz , Amzar . Aku jemput Hazia dan Naim datang ke rumah utk beraya . Alhamdulillah diorg masih ingat pada aku
. Kami berbual panjang pasal sambung study di mana apa semua . Then kami pun lepak ramai ramai . Tengok wayang apa semua . Aku baru ada life sbg seorang remaja . Alhamdulillah diorang faham aku macam mana . Aku bersyukur dapat kawan macam diorang . Dulu aku murung je duduk dalam bilik takde kawan apa semua . Alhamdulillah Allah SWT dah kurniakan aku kawan yg baik baik 

Hari Raya Aidil Fitri 2016

Assalamualaikum kepada semua . Alhamdulillah , puasa tahun ini aku dapat puasa penuh . Then penyakit aku makin pulih sejak aku rajin hadir ke surau utk solat tarawih selalu . Hati aku jadi tenang . Fikiran aku tak kacau . Aku makin positif . Alhamdulillah allah dah buka jalan utk aku sembuh . Aku bersyukur sgt pada Allah SWT . Then tiba waktu raya ya allah gembiranya aku . Aku makin positif , aku jadi peramah dan banyak bercakap . Dulu aku tak boleh bercampur ngn org tapi kini dah berubah banyak . Ramai sepupu kata aku ni makin berubah . Alhmdulillah diorg doakan aku berjaya . Pergi je beraya rumah sepupu aku org pertama beri salam . Aku beraya di Penang dan Kedah .
Aku ada gambar sedikit  , aku maafkan apa yg sepupu aku pernah hina aku , sedangkan nabi pun boleh maafakan org apatah aku l.

Misi aku gagal di Kolej Islam Antarabangsa 😅

Assalam pada semua , kali ni aku nak kongsi sedikit cerita sedih ketika aku nak sambung belajar . Satu hari tu aku dah bosan duduk kt rumah , taktau apa nak buat , aku google laa tengok intake kolej mana yg ada , tetiba terjumpa Kolej Islam Antarabangsa kt Gombak , anak syarikat UIA . Then aku apa lagi apply laa . Punya seronok nak belajar . Then dapat surat tawaran aku pun seronok . Then daftar apa semua takde penghalang . Then aku dapat asrama belia dbkl di gombak . Satu dorm 6 org then tandas kt luar . Aku mula gelisah . Then dah jumpa kawan kawan dorm ape semua okay . Then aku nak balik jap amik dokumen utk PTPTN . Elok je malam tu . Ada salah sorang member dorm aku dia cakap dia geli ngn aku , then yang takleh terima dia cakap aku ni GAY PONDAN , Dia fitnah aku satu asrama bash aku . Then , aku bagitau mama abah . Mama abah tak bagi aku belajar kt situ takut tserempak ngn diorang lagi . Aku punya dah semangat nak belajar ada org sanggup fitnah aku . Takpe aku anggap ni ujian dari Allah SWT . Mungkin Allah nak duga aku . Aku sabar je . Rupa rupa nya budak Johor tu nak halau aku sebab aku tiap tiap minggu balik . Dia tak dapat balik selalu . And aku pakai iphone ngn samsung dia jeles . Hasad dengki manusia . Sabar je laa .

Alhamdulillah skizofrenia makin pulih 😂

Alhamdulillah , sejak 4 tahun aku sakit skizofrenia kini makin pulih , berubat dengan utdz sulaiman di Cheras Jaya . Aku serasi berubat dengan ustdz ni , ini semua dengan izin Allah SWT . Macam biasa lah amalan solat sunat hajat dan banyak berdoa pada tuhan . Kini aku positif kan fikiran aku . Alhamdulillah berjaya . Fikiran aku sudah boleh di control . Aku kuat aku mampu lawan penyakit ni . Abah dan mama aku pun ingin tgk aku berjaya macam remaja lain . Akan aku buktikan . Insha allah !