Wednesday, 3 February 2016

Kehidupan aku dihantui SKIZOFRENIA DAN OCD

Assalamualaikum , sebagai salam pertama aku kepada semua . Maybe salam ni pertama atau SALAM TERAKHIR aku 😢 . Kehidupan aku setelah melanjutkan pengajian di KUIS atau KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR diakhirkan dengan pemberhentian aku di kolej tersebut . Aku masuk dengan penuh harapan dan diakhiri dengan kesedihan . Setelah itu aku cuba masuk ke KUISAS , MSU , MMC , KTAC , UNISEL , Dan Terakhir sekali KPTM IPOH, Namun aku gagal jua dalam melanjutkan pengajian di IPTS . SKIZOFRENIA DAN OCD SALAH SATU PUNCA AKU BERHENTI MELANJUTKAN PENGAJIAN . Plan terakhir aku utk masuk belajar di KPTM IPOH , Setelah itu aku BERJAYA mengharungi ORIENTASI . Dan aku cuba minggu kedua namun MASIH BERJAYA , Datang minggu ketiga SKIZOFRENIA datang menganggu aku . Dan menyebabkan aku berhenti di KPTM IPOH . SKIZOFRENIA datang dalam pelbagai macam cara . Dia datang dalam bentuk gangguan fikiran . Macam macam aku fikir benda masa depan yg tak masuk AKAL . Dan yang paling TERUK SKIZOFRENIA menyuruh aku merogol orang yang telah MATI . Aku pun taktau apa tujuan SKIZOFRENIA suruh aku buat begitu . Namun aku tidak mengikut apa yg disuruh penyakit aku . Aku lawan dengan zikir dalam hati . Ketika aku di dalam dorm atau asrama KPTM , SKIZOFRENIA menyuruh aku membuat benda yg SONGSANG . Seperti perlakuan GAY . Terlalu kuat juga fikiran SKIZOFRENIA itu menyuruh aku . Namun aku lawan jugak dengan kekuatan dalaman . Fikiran aku selalu diganggui PARANOID , aku selalu menganggap kawan kawan aku mengutuk dibelakang aku . Dan aku befikir kawan kawan aku akan mencederakan aku . Aku terlampau tertekan di saat itu . Dan sampai satu saat aku terdiam dan menjadi BLURR . Sebab terlampau berfikir . Selalu orang cakap SKIZOFRENIA ada dalam bentuk bisikan , tapi bagi aku SKIZOFRENIA aku datang dalam bentuk bisikan fikiran yg melampau . Dan disebabkan penyakit ini aku telah HILANG RAMAI KAWAN DAN GIRLFRIEND . Mereka cakap aku ni PSYCHO , Gila dan macam macam lagi . Tapi mereka tak tau aku menghadapi SKIZOFRENIA . Dari segi OCD itu dah berkurang sejak aku mengamalkan ubat yg diberi oleh HUKM , HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . Dan aku menjalani rawatan di HUKM pada setiap bulan . Aku tak pernah tinggal ubat . OCD seperti takut benda kotor , lori sampah , mengulang benda yg sama dah berkurang . Apa yg kuat sekarang ini adalah SKIZOFRENIA . Aku dah hilang punca nak cari solution macam mana nak sembuhkan penyakit misteri ni . Aku plan aku akan menjalani rawatan islam . Rawatan menggunakan Al-Quran lebih berhasil . Ubat yg hospital bagi untuk seketika sahaja . Bukan caranya untuk aku sembuh . Ubat itu sekadar penenang sahaja . Dan akhir kata aku ingin meminta maaf kepada semua .

No comments:

Post a Comment