. Kami berbual panjang pasal sambung study di mana apa semua . Then kami pun lepak ramai ramai . Tengok wayang apa semua . Aku baru ada life sbg seorang remaja . Alhamdulillah diorang faham aku macam mana . Aku bersyukur dapat kawan macam diorang . Dulu aku murung je duduk dalam bilik takde kawan apa semua . Alhamdulillah Allah SWT dah kurniakan aku kawan yg baik baik
Friday, 15 July 2016
Alhamdulillah kawan kawan masih ingat pada aku !
. Kami berbual panjang pasal sambung study di mana apa semua . Then kami pun lepak ramai ramai . Tengok wayang apa semua . Aku baru ada life sbg seorang remaja . Alhamdulillah diorang faham aku macam mana . Aku bersyukur dapat kawan macam diorang . Dulu aku murung je duduk dalam bilik takde kawan apa semua . Alhamdulillah Allah SWT dah kurniakan aku kawan yg baik baik
Hari Raya Aidil Fitri 2016
Aku ada gambar sedikit , aku maafkan apa yg sepupu aku pernah hina aku , sedangkan nabi pun boleh maafakan org apatah aku l.
Misi aku gagal di Kolej Islam Antarabangsa 😅
Assalam pada semua , kali ni aku nak kongsi sedikit cerita sedih ketika aku nak sambung belajar . Satu hari tu aku dah bosan duduk kt rumah , taktau apa nak buat , aku google laa tengok intake kolej mana yg ada , tetiba terjumpa Kolej Islam Antarabangsa kt Gombak , anak syarikat UIA . Then aku apa lagi apply laa . Punya seronok nak belajar . Then dapat surat tawaran aku pun seronok . Then daftar apa semua takde penghalang . Then aku dapat asrama belia dbkl di gombak . Satu dorm 6 org then tandas kt luar . Aku mula gelisah . Then dah jumpa kawan kawan dorm ape semua okay . Then aku nak balik jap amik dokumen utk PTPTN . Elok je malam tu . Ada salah sorang member dorm aku dia cakap dia geli ngn aku , then yang takleh terima dia cakap aku ni GAY PONDAN , Dia fitnah aku satu asrama bash aku . Then , aku bagitau mama abah . Mama abah tak bagi aku belajar kt situ takut tserempak ngn diorang lagi . Aku punya dah semangat nak belajar ada org sanggup fitnah aku . Takpe aku anggap ni ujian dari Allah SWT . Mungkin Allah nak duga aku . Aku sabar je . Rupa rupa nya budak Johor tu nak halau aku sebab aku tiap tiap minggu balik . Dia tak dapat balik selalu . And aku pakai iphone ngn samsung dia jeles . Hasad dengki manusia . Sabar je laa .
Alhamdulillah skizofrenia makin pulih 😂
Alhamdulillah , sejak 4 tahun aku sakit skizofrenia kini makin pulih , berubat dengan utdz sulaiman di Cheras Jaya . Aku serasi berubat dengan ustdz ni , ini semua dengan izin Allah SWT . Macam biasa lah amalan solat sunat hajat dan banyak berdoa pada tuhan . Kini aku positif kan fikiran aku . Alhamdulillah berjaya . Fikiran aku sudah boleh di control . Aku kuat aku mampu lawan penyakit ni . Abah dan mama aku pun ingin tgk aku berjaya macam remaja lain . Akan aku buktikan . Insha allah !
Wednesday, 3 February 2016
Plan aku selepas SKIZOFRENIA sembuh
Setelah SKIZOFRENIA sembuh , aku ingin melanjutkan pelajaran di KOLEJ KOMUNITI, Hulu Langat . Aku memgambil SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT . Mengapa aku memilih kolej komuniti? Sebab aku boleh tinggal di rumah dan ulang alik ke kolej . Sebab kolej tu dekat je ngn rumah . Aku harap aku berjaya di KOLEJ KOMUNITI dan aku menggunakan sijil kolej komuniti untuk melanjutkan pengajian di POLITEKNIK . INSHA ALLAH . Dan aku ingin mencari seorang kawan perempuan atau Girlfriend utk selalu memberi kata kata semangat kepada aku agar aku berjaya menempuh dugaan dunia ni .
Kehidupan aku dihantui SKIZOFRENIA DAN OCD
Assalamualaikum , sebagai salam pertama aku kepada semua . Maybe salam ni pertama atau SALAM TERAKHIR aku 😢 . Kehidupan aku setelah melanjutkan pengajian di KUIS atau KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR diakhirkan dengan pemberhentian aku di kolej tersebut . Aku masuk dengan penuh harapan dan diakhiri dengan kesedihan . Setelah itu aku cuba masuk ke KUISAS , MSU , MMC , KTAC , UNISEL , Dan Terakhir sekali KPTM IPOH, Namun aku gagal jua dalam melanjutkan pengajian di IPTS . SKIZOFRENIA DAN OCD SALAH SATU PUNCA AKU BERHENTI MELANJUTKAN PENGAJIAN . Plan terakhir aku utk masuk belajar di KPTM IPOH , Setelah itu aku BERJAYA mengharungi ORIENTASI . Dan aku cuba minggu kedua namun MASIH BERJAYA , Datang minggu ketiga SKIZOFRENIA datang menganggu aku . Dan menyebabkan aku berhenti di KPTM IPOH . SKIZOFRENIA datang dalam pelbagai macam cara . Dia datang dalam bentuk gangguan fikiran . Macam macam aku fikir benda masa depan yg tak masuk AKAL . Dan yang paling TERUK SKIZOFRENIA menyuruh aku merogol orang yang telah MATI . Aku pun taktau apa tujuan SKIZOFRENIA suruh aku buat begitu . Namun aku tidak mengikut apa yg disuruh penyakit aku . Aku lawan dengan zikir dalam hati . Ketika aku di dalam dorm atau asrama KPTM , SKIZOFRENIA menyuruh aku membuat benda yg SONGSANG . Seperti perlakuan GAY . Terlalu kuat juga fikiran SKIZOFRENIA itu menyuruh aku . Namun aku lawan jugak dengan kekuatan dalaman . Fikiran aku selalu diganggui PARANOID , aku selalu menganggap kawan kawan aku mengutuk dibelakang aku . Dan aku befikir kawan kawan aku akan mencederakan aku . Aku terlampau tertekan di saat itu . Dan sampai satu saat aku terdiam dan menjadi BLURR . Sebab terlampau berfikir . Selalu orang cakap SKIZOFRENIA ada dalam bentuk bisikan , tapi bagi aku SKIZOFRENIA aku datang dalam bentuk bisikan fikiran yg melampau . Dan disebabkan penyakit ini aku telah HILANG RAMAI KAWAN DAN GIRLFRIEND . Mereka cakap aku ni PSYCHO , Gila dan macam macam lagi . Tapi mereka tak tau aku menghadapi SKIZOFRENIA . Dari segi OCD itu dah berkurang sejak aku mengamalkan ubat yg diberi oleh HUKM , HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . Dan aku menjalani rawatan di HUKM pada setiap bulan . Aku tak pernah tinggal ubat . OCD seperti takut benda kotor , lori sampah , mengulang benda yg sama dah berkurang . Apa yg kuat sekarang ini adalah SKIZOFRENIA . Aku dah hilang punca nak cari solution macam mana nak sembuhkan penyakit misteri ni . Aku plan aku akan menjalani rawatan islam . Rawatan menggunakan Al-Quran lebih berhasil . Ubat yg hospital bagi untuk seketika sahaja . Bukan caranya untuk aku sembuh . Ubat itu sekadar penenang sahaja . Dan akhir kata aku ingin meminta maaf kepada semua .
Wednesday, 20 November 2013
Kehidupan sebagai seorang remaja
Assalamualaikum , sekali lagi ku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin berkongsi tentang cabaran dalam menghadapi segala dugaan dan perit kehidupan sebagai seorang yg bergelar remaja . Okay gelaran "Remaja" ni bermula daripada umur kita 13-25 tahun . "REMAJA" merupa peringkat yg membuatkan kita terpaksa berkorban masa dan tenaga dan meneruskan kehidupan . "REMAJA" more on kita suka diamkan diri , suka pendam masalah sorang sorang . Ikut jenis orang lah . Tapi bagi aku , aku adalah jenis pemalu dan suka diamkan diri . Because i don't want disturb people hapiness . Teenagers also need a more motivation from counselling person .
Kisah aku time SPM , lepas je aku keluar sekolah teknik dengan penuh tekanan , aku pun teruskan pembelajaran di sekolah harian . Time aku form 5 aku berubah menjadi seorang yg lebih agresif dan pemarah . Sebab aku terlampau ditekan . Aku tau aku dah menyusahkan keluarga aku . Maafkan aku . Aku jadi cepat terpengaruh ngn kawan . Aku marah marah cikgu add math aku sampai cikgu tu kecik hati ngn aku . Aku jadi biadap . Aku salah time tu sebab aku tak luahkan apa yg terpendam di hati . Aku hanya buat senyuman palsu disebalik tekanan aku dapat di SMT .
Then , time SPM aku hanya mampu berusaha dalam subjek , BM , BI , Sejarah , PI . Sebab empat subjek ni aku suka sangat . Then aku usaha , usaha , usaha , lastly aku dapat result spm 4B+ 1D 3E 1G . Teruk sangat aku tau . Aku dah kecewakan kedua ibu bapa aku . Ibu bapa aku teringin tengok aku berjaya tapi aku gagal add math time tu . Aku rasa sebab aku dah terlampau biadap dengan cikgu add math tu .
Sunday, 17 November 2013
Aku seorang hamba Allah SWT yg lemah dan insan yg memerlukan banyak motivasi .
Assalamualaikum , terlebih dahulu aku ucapkan kepada semua . Hari ini aku ingin shared tentang kisah hidup aku yg diuji . Lepas pada PMR aku mendapat score 6A1B1C satu hasil usaha aku bangun malam dan mengulang kaji pelajaran . Aku amat bersyukur pada Allah SWT kerana aku hasil usaha aku disusuli dengan bantuan Allah SWT ketika aku menjawab exam PMR , Allah SWT mengurniakan bantuan melalui flashback apa yg aku study dan senang menjawab . Alhamdulillah , ianya berhasil aku pun tak tau nak ucapkan lagi pada Allah dan usaha cikgu aku time form 3 tu . Flashback story , Aku diuji oleh Allah SWT time UPSR aku hanya mendapat 2A1B2C . Time nak dekat UPSR aku mengalami satu penyakit "Chicken Pox" timbul ketulan ketulan yg berwarna merah . Nak tak nak aku kena lalui . Tak apa , mungkin aku di uji time tu aku redha akan qada qadar oleh Allah SWT . Mak bapak mana yg nak tengok anak dia kecundang kan?? Tapi maafkan aku wahai ibu dan bapaku aku tak mampu . Aku dah buat yg terbaik di peperiksaan PMR aku boleh dapat 6A yg org lain tak sangka yg aku mampu score like that . Aku menangis kegembiraan time dapat result tu . Aku tak sangka . Aku ingat boleh dapat dalam 4A je . Tetiba 6A . Selama ni kawan kawan pandang rendah pada aku seolah olah aku ni tak pandai , mereka hina aku , kutuk aku . Tapi aku diam , aku sabar . Aku diam bukan tanda aku suka akan hinaan mereka terhadap aku . Aku diamkan diri sebab taknak sakitkan hati mereka . Aku terpaksa berkorban . Mulut longkang manusia mana boleh kita pergi tutup kan?? Sebab dia terlampau bangga akan diri mereka dan mereka menjadi seorang manusia yg ego . Manusia mana je kan yg tak suka dihina?? Semua orang taknak kalau boleh kan :') . Tak apalah . Aku maafkan . Berbalik pada , result PMR merupakan hadiah aku yg teristimewa bagi ibu bapa dan guru yg telah mengajarku . Aku buat mereka gembira time tu . Alhamdulillah ,Ya Allah terima kasih sangat sangat . Pengalaman mematangkan serba sedikit dalam kehidupanku . Ianya akan datang perlahan lahan dalam sesuatu situasi .
Selepas ini ada lagi sambungannya.. Berikan aku sedikit masa untuk menaip kata kata positif dan berkongsi tentang apa yg aku alami yg selama ni terpendam di sudut hati kecil ini . Pengajaran daripada cerita ku ini , "Kau jangan rasa cepat putus asa , Percaya pada Allah SWT , Usaha sedikit dan serah pada urusan Allah SWT bagi menangani rintangan/ujian yg kau hadapi dalam kehidupan , Insha Allah jika Allah SWT berkata "Kun Fayakun" maka rezeki kau time tu . Jika kau usaha pun tak berjaya , jangan ingat Allah SWT tak sayang kau , Dia nak uji kau sabar ke tak . Kau cuma tunggu sama ada di UPSR/PBMSR/PMR/SPM/Alam Universiti/College/Alam Dewasa . Kau usaha sedikit dan kau serah pada Allah untuk menentukan kau berjaya .
Thursday, 14 November 2013
Sebab apa aku suka letak nama "VEVO" dibelakang ??
Vevo menawarkan video muzik daripada tiga "besar empat" label rekod utama: Kumpulan Universal Music, Sony Music Entertainment dan EMI Records. Warner Music Group pada mulanya dilaporkan mempertimbangkan hosting kandungan pada perkhidmatan, tetapi membentuk satu pakatan dengan saingan MTV Networks.
Aku cintakan industri music .Lagi satu aku suka akan produk daripada syarikat "Beats Electronic" sebab rekaan headphone dan earphone mereka amat cantik dan bergaya , beri pendengaran yg gempak dan jelas "High Definition" dan ia memberikan kesan pendengaran "Extra sound BASS" memang kalau pasang dekat telinga tak dengar dah apa yg orang bercakap . Itu kelebihan produk "Beats" dan nama syarikat dia dah termasyhur di seluruh dunia . Time bebosan memang lah aku akan selalu dengar lagu pakai original headphone Beats Studio yg perlukan dua battery AA untuk menghasilkan "BASS" yg lebih sedap untuk didengar . Ia juga salah satu faktor bagi mood aku stable balik . Itu sahajalah aku nak kongsikan pada hari ini .Untuk pengetahuan lebih lanjut sila layari laman sesawang ni http://www.beatsbydre.com/ .Plan aku lepas aku sembuh daripada OCD
Aku dalam rawatan dengan doktor psikiatari HUKM
Setelah dimasukkan dalam ward psikiatri Hospital Universiti Kuala Lumpur , aku kena melalui proses hospital seperti check urine , ambil darah ( sakit sebab aku 1stime masuk hospital) dan aku diberi rawatan OCD dari segi kaunseling dan ubat ubatan . Doktor cakap penyakit aku ini boleh dirawat dengan semangat diri/dekatkan diri dengan Allah SWT balik dan ubat ubatan . Jangan risau . Cuma ia memerlukan masa untuk aku kembali normal . Banyak student dalam bidang psikiatri datang untuk interview tentang penyakit ku ini . Aku pun ceritakan lah apa yg aku rasa . Mereka sungguh menghormati aku dan cuba memahami penyakitku . Aku mampu duduk dalam ward psikiatri HUKM tu 3 hari 2 malam je disebabkan tak selesa dengan keadaan ward yg penuh dengan orang tak waras menganggu aku . Sekarang aku berehat dirumah dan buat follow up di HUKM . Aku rasa ada perubahan sikit lepas buat rawatan tu , Alhamdulillah .
Thursday, 3 October 2013
Aku terpaksa :(
"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" :'(
- Genetik - (Keturunan). Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ini kemungkinan beresiko mengalami OCD (Obsesif Compulsive Disorder).
- Organik – Masalah organik seperti terjadi masalah neurologi dibagian - bagian tertentu otak juga merupakan satu faktor bagi OCD. Kelainan saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan ensefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
- Kepribadian - Mereka yang mempunyai kepribadian obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki kepribadian ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sulit bekerja sama dan tidak mudah mengalah.
- Pengalaman masa lalu - Pengalaman masa lalu/lampau juga mudah mencorakkan cara seseorang menangani masalah di antaranya dengan menunjukkan gejala OCD.
- Gangguan obsesif-kompulsif erat kaitan dengan depresi atau riwayat kecemasan sebelumnya. Beberapa gejala penderita obsesif-kompulsif seringkali juga menunjukkan
- Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berasal dari masalah hidup. Contohnya hubungan antara suami-istri, di tempat kerja, keyakinan diri.
- Gangguan obsesif-kompulsif erat kaitan dengan depresi, atau riwayat kecemasan sebelumnya. Beberapa gejala penderita obsesif-kompulsif seringkali juga menunjukkan gejala yang mirip dengan depresi. Perilaku yang obsesif pada ibu depresi berusaha berkali-kali atau berkeinginan untuk membunuh bayinya.
- Individu yang beresiko mengalami gangguan obsesif-kompulsif adalah;
- Individu yang mengalami permasalahan dalam keluarga dari broken home, kesalahan atau kehilangan masa kanak-kanaknya. (teori ini masih dianggap lemah namun masih dapat diperhitungkan)
- Faktor neurobilogi dapat berupa kerusakan pada lobus frontalis, ganglia basalis dan singulum.
- Individu yang memilki intensitas stress yang tinggi
- Riwayat gangguan kecemasan
- Depresi
- Individu yang mengalami gangguan seksual
- Obsesi yang umum bisa berupa kegelisahan mengenai pencemaran, keraguan, kehilangan dan penyerangan. Penderita merasa terdorong untuk melakukan ritual, yaitu tindakan berulang, dengan maksud tertentu dan disengaja.
- Sebagian besar ritual bisa dilihat langsung, seperti mencuci tangan berulang-ulang atau memeriksa pintu berulang-ulang untuk memastikan bahwa pintu sudah dikunci. Ritual lainnya merupakan kegiatan batin, misalnya menghitung atau membuat pernyataan berulang untuk menghilangkan bahaya.
- Penderita bisa terobsesi oleh segala hal dan ritual yang dilakukan tidak selalu secara logis berhubungan dengan rasa tidak nyaman yang akan berkurang jika penderita menjalankan ritual tersebut. Penderita yang merasa khawatir tentang pencemaran, rasa tidak nyamannya akan berkurang jika dia memasukkan tangannya ke dalam saku celananya. Karena itu setiap obsesi tentang pencemaran timbul, maka dia akan berulang-ulang memasukkan tangannya ke dalam saku celananya.
- Sebagian besar penderita menyadari bahwa obsesinya tidak mencerminkan resiko yang nyata. Mereka menyadari bahwa perliku fisik dan mentalnya terlalu berlebihan bahkan cenderung aneh.
- Penyakit obsesif-kompulsif berbeda dengan penyakit psikosa, karena pada psikosa penderitanya kehilangan kontak dengan kenyataan. Penderita merasa takut dipermalukan sehingga mereka melakukan ritualnya secara sembunyi-sembunyi. Sekitar sepertiga penderita mengalami depresi ketika penyakitnya terdiagnosis.
- Gejala ditandai dengan pengulangan (repetatif) pikiran dan tindakan sedikitnya 4 kali untuk satu kompulsi dalam sehari dan berlangsung selama 1 sampai 2 minggu selanjutnya. Gejala utam obsesi-kompulsif harus memenuhi kriteria:
- Perilaku dan pikiran yang muncul tersebut disadari sepenuhnya oleh individu atau didasarkan pada impuls dalam dirinya sendiri. Individu juga menyadari bahwa perilakunya itu tidak rasional, namun tetap dilakukan untuk mengurangi kecemasan.
- Beberapa perilaku yang muncul disadari oleh oleh individu dan berusaha melawan kebiasaan dan pikiran-pikiran rasa cemas tersebut sekuat tenaga, namun tidak berhasil.
- Pikiran dan tindakan tersebut tidak memberikan perasaan lega, rasa puas atau kesenangan, melainkan disebabkan oleh rasa khawatir secara berlebihan dan mengurangi stres yang dirasakannya.
- Obsesi (pikiran) dan kompulsi (perilaku) sifatnya berulang-ulang secara terus-menerus dalam beberapa kali setiap harinya.
- Perilaku dan pikiran yang muncul tersebut disadari sepenuhnya oleh individu atau didasarkan pada impuls dalam dirinya sendiri. Individu juga menyadari bahwa perilakunya itu tidak rasional, namun tetap dilakukan untuk mengurangi kecemasan.
- Beberapa perilaku yang muncul disadari oleh individu dan berusaha melawan kebiasaan dan pikiran-pikiran rasa cemas tersebut sekuat tenaga, namun tidak berhasil.
- Pikiran dan tindakan tersebut tidak memberikan perasaan lega, rasa puas atau kesenangan, melainkan disebabkan oleh rasa khawatir secara berlebihan dan mengurangi stres yang dirasakannya.
- Obsesi (pikiran) dan kompulsi (perilaku) sifatnya berulang-ulang secara terus-menerus dalam beberapa kali setiap harinya.
- Obsesi dan kompulsi menyebabkan terjadinya tekanan dalam diri penderita dan menghabiskan waktu (lebih dari satu jam sehari) atau secara signifikan mengganggu fungsi normal seseorang, atau kegiatan sosial atau suatu hubungan dengan orang lain.
- Penderita merasa terdorong untuk melakukan ritual, yaitu tindakan berulang seperti mencuci tangan & melakukan pengecekan dengan maksud tertentu.
- Membersihkan atau mencuci tangan
- Memeriksa atau mengecek
- Menyusun
- Mengkoleksi atau menimbun barang
- Menghitung atau mengulang pikiran yang selalu muncul (obsesif)
- Takut terkontaminasi penyakit/kuman
- Takut membahayakan orang lain
- Takut salah
- Takut dianggap tidak sopan
- Perlu ketepatan atau simetri
- Bingung atau keraguan yang berlebihan.
- Mengulang berhitung berkali-kali (cemas akan kesalahan pada urutan bilangan)
- Individu yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif kadang memilki pikiran intrusif tanpa tindakan repetatif yang jelas akan tetapi sebagian besar penderita menunjukkan perilaku kompulsif sebagai bentuk lanjutan dari pikiran-pikiran negatif sebelumnya yang muncul secara berulang, seperti ketakutan terinfeksi kuman, penderita gangguan obsesif-kompulsif sering mencuci tangan (washer) dan perilaku umum lainnya seperti diatas.














